Tuesday, October 30, 2012

pendorong

Quartet.. Buah tangan saidatul saffaa ni betul2  membuka minda aku selama ini. Semakin hari semakin aku tak kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Selepas dari alam persekolahan, bila aku perhatikan kronologi sejarah perjalanan hidup aku, aku rasakan yang hidup aku ni makin jauh dari sifat asal aku. Entahlah, mungkin.. ini sebahagian dari apa yang aku perlu terima. Tapi, Alhamdulillah, Quartet kembali membawa dan menarik  aku ke laluan yang sebenarnya.. sama seperti yang aku lalui dan impikan selama aku menempuh alam dewasa ini. Suasana kehidupan dalam cerita ini mirip sekali dengan impian aku. Ya Allah, betapa aku rindukan suasana tarbiyah seperti mereka =)